Rabu, 22 Jun 2011

Life Time For Islam

Sepanjang Hayat Untuk Islam

Jelas, terus terang tanpa berselindung.....ISLAM.  Fokusnya Islam. Islam, ....way of life, ...Suatu Cara Hidup.... maka tepatlah bahawa kita, anda dan sesiapa saja semestinya memahami bahawa hidup kita ini adalah  dengan Islam dan untuk Islam. Islam sebagai matlamat. Jadi, Life Time For Islam .... Sepanjang Hayat Untuk Islam adalah pegangan dan 'aqidah dan pegangan yang sah dan benar. 

Sebuah syarikat atau pasaraya  tertentu ketika pelanggannya berada di kaunter untuk membayar harga barangan pilihannya, juruwang [ cashier ] bertanya, "member ke ?" atau "ada kad member ke ?"  . Jika pelanggan tersebut menjadi ahli kepada syarikat atau pasaraya itu maka berlangsunglah urusan penjualan dengan sepatutnya.

Jika pelanggan menjawab "tak ada" yakni tidak jadi ahli syarikat atau pasaraya itu maka juruwang  mewakili syarikat itu menjelaskan, "jika encik menjadi member, encik akan mendapat bonus atau potongan harga pada setiap pembelian dan saya cadangkan supaya encik jadi member syarikat kami kerana ianya berpatutan iaitu RM 12 'life time', sepanjang hayat, berpatutan encik ".  'Menarik minat sesiapa yang mendengar tawaran syarikat yang diikuti dengan 'life time'  tersebut.  Lalu rakyat Malaysia itu pun mengisi borang dan setahu saya syarikat Watsons [ http://www.watsons.com.my/ ] setelah pelanggannya bersetuju dengan RM 12 sepanjang hayat itu memberi kepercayaan kepada pelanggannya mengisi sendiri ditalian internet dan memberi 'membership card' "life time" dari Watsons. Banyak syarikat perniagaan yang menawarkan berbagai kemudahan istimewa untuk menarik pelanggan. Ini dunia business.

Dalam dunia perniagaan banyak syarikat dengan produk tertentu menggunakan perkataan 'life' yang dikaitkan dengan nama syarikatnya.  Antaranya  syarikat '4life' [ http://www.4life.com/ ]  dan  syarikat 'lifestyles' [ http://www.lifestyles.net/ ] .  Berasaskan  keyakinan kepada  'life'  telah memunculkan 'life' untuk kehidupan bersama produknya.  Disamping mencari rezeki  dengan produk masing-masing juga menumpang anugerah 'hayat' atau  'life' yang hakikatnya kepunyaan Allah SWT.  Tentulah berbeza kefahaman dan pegangan tentang 'life' antara seseorang individu yang dibezakan dengan agama.  Bagi Islam, life yang senebarnya ialah bersama Islam kerana Islam itu 'way of life'. Maka 'life time for Islam' adalah suatu yang amat tepat.

Akhir-akhir ini, nasib kehidupan saudara-saudara kita di Palestin menjadi perharian semua pihak yang hidup jiwa  keperimanusiaannya.  Yang menolak 'life' dan keperimanusiaan kepada insan di Palestin hanya dari rejim kaafirin Yahudi laknatullah yang memerintah dibumi bertuah dan berkat iaitu kerajaan haram Israel. 

Alhamdulillah, syukur... tahniah dan rasa berbanga dengan pasukan Lifeline4Gaza [ LL4G ] yang diketuai  oleh Presiden LL4G, Dr. Noorazman Mohd. Samsuddin yang mengetuai misi konvoi flotila bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza pada 27 Jun 2011 nanti...insyaAllah.

LL4G... 'Life Line' nama yang dipilih untuk Gaza.  Besarnya erti 'life' kepada setiap insan. Seramai 600 sukarelawan antarabangsa termasuk yang terpilih dari Malaysia seramai 10 orang diantaranya, Presiden LL4G sendiri;  Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludddin;  Pengerusi Aman Malaysia, Datuk Ahmad Zaki Zahid; Ahli Parlimen PAS Shah Alam, YB. Ir Khalid Abdul Samad; Bendahari Muslim Care Malaysia, Zulkifli Wajihan; Setialusaha Agung Pertubuhan Kebajikan Islamiah Al-Ehsan Malaysia, Ismail Darus;  Pengarang Kanan Astro Awani, Nazri Kahar serta jurukamera Astro Awani, Wan Yusani Amir.

Sejak tahun 1948 kehidupan umat Islam Palestin terganggu dan sengsara. Sewajarnya negara-negara umat Islam diseluruh dunia dibawah OIC merancang suatu rancangan tersusun untuk membantu saudara-saudaranya dibumi yang diisytiharkan Allah  "...Yang Kami berkati sekelilingnya...."  [ sebahagian ayat 1 Surah Al-Israa' ]  yang menjadi ayat untuk membincangkan tentang mukjizat Israa' dan Mi'raaj  Rasulullah SAW.

Bagaimana dengan 'life' OIC ?  Sepatutnya juga pemimpin negara-negara umat Islam memikirkan bagaimana 'Life Line For OIC' yang kita semua tahu kini sudah 63 tahun maruah umat Islam dihina dan dicabar.  Selama 63 tahun pemimpin negara umat Islam bertukar ganti. Sehingga kini tidak nampak dimana pemimpin negara umat Islam yang boleh diharap oleh umat ini.  Adakah Endorgan di Turki boleh mengambil tanggungjawab ini atau Ahmadejad Syiah di Iran  ? Atau 'penjaga dua tanah suci', Raja Abdullah ?

Lihatlah kejatuhan Suhato di Indonesia dan kajilah kejatuhan Zine El Abidine Ben Ali di Tunisia serta renungilah tersungkurnya Husni Mubarak di Mesir.

Cuba kita fikirkan hal keadaan bekas pemimpin ditiga buah negara tersebut. Apakah sumbangan mereka bertiga kepada perlaksanaan Islam dinegara Mesir, Tunisia dan Indonesia ?  Tidakkah mereka semua adalah jutawan dengan merompak harta rakyat untuk kepentingan mereka ?   Dalam usaha mempertahankan kuasa mereka, tidakkah mereka telah membunuh rakyat yang seagama dengan mereka ?  Mereka semua telah menjadi egen Yahudi selama mereka memerintah.  Hidup mereka adalah 'life time for kaafiriiin"...bukan 'life time for ISLAM'.

Diharap pemimpin Malaysia tidak sedemikian. Harapan ! ..... kerana Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mengatakan, "Isu Palestin begitu dekat dengan hati saya. Kita akan terus perjuangkan agar mereka dapat mengecap kebebasan. Jika dunia tidak berbuat apa-apa, suara Malaysia akan terus kita gemakan". "Kita harus ingatkan dunia, selagi isu Palestin tidak selesai, adalah wajib untuk kita perjuangkan", katanya.

Islam mengajak dan menyeru kepada suatu kehidupan yang bahagia kekal abadi. Namun tanpa disedari, ramai berpegang bahawa yang paling disukai dalam hidup ini adalah kehidupan itu sendiri. Seharus kita, anda memahami dan berpegang teguh bahawa  rahsia hidup kita manusia bukannya kehidupan itu tetapi apakah tujuan hidup itu. Tentunya bertujuan 'mencari redhaNya' bagi orang-orang yang beriman.

Layari  hidup anda  dengan  'life time for ISLAM'...insyaAllah.


  

1 ulasan:

  1. Salam.
    Life Time...boleh dimaksudkan 'sepanjang hayat'...jika hayat didunia ini diisi dengan kebaikan dan kebajikan serta kebaktian maka setelah berpindah kealam akhirat maka jadilah hayat yang bejaya dan bertuah. Kemuncaknya dapat 'melihat wajah Rabbul Jalil'...Kita semua menuju kesana. Amin

    BalasPadam