Jumaat, 8 Julai 2011

UBN Memerintah Sepanjang Hayat ?

Jika mengekalkan lapan  perkara yang dituntut  BERSIH, mengikut 'firasat' mereka, maka UBN akan mengekalkan pemerintahan mereka sepanjang hayat memerintah bumi Malaysia. 

Lapan perkara tersebut ialah:
[ 1 ]  Pembersihan senarai undi
[ 2 ]  Refermasi undi pos
[ 3 ]  Penggunaan dakwat kekal
[ 4 ]  Akses media yang bebas dan adil
[ 5 ]  Tempoh berkempen minima 21 hari
[ 6 ]  Kukuhkan institusi awam
[ 7 ]  Hentikan rasuah
[ 8 ]  Hentikan politik kotor

Kenapa  UBN tidak mahu layan tuntutan BERSIH. Apakah semata-mata tidak mahu mengalah kerana semata datang dari pihak lain ?.   Apakah tuntutan ini menggangu kepentingan mereka ?. 

Lapan perkara itu adalah talian hayat UBN. Sebab itu mereka tidak mahu layan malah menekan BERSIH dengan berbagai tekanan.

Semua tindakan UBN sehingga sekarang tidak menguntungkan sedikit pun politik UBN. Rakyat makin benci dan meluat dengam UBN.  BERSIH akan bekerja kuat untuk menjatuhkan UBN dalam PRU 13 nanti.

UBN mendakwa bahawa BERSIH yang dibelakangnya parti pembangkang mahu menjatuhkan  UBN melalui kekerasan dan keganasan.  Tiada yang boleh menerima kenyataan yang dbuat oleh UBN itu.  Bukan 'keperibadian' rakyat Malaysia sedemikian.

Sejarah orang Melayu, India dan Cina di Malaysia dalam menuntut kemerdekaan sebagai bukti bahawa bukan keperibadian mereka menuntut sesuatu dengan kekerasan dan keganasan. 

Cara rakyat Malaysia ialah dengan cara aman. Dimulai dengan perhimpunan aman 9 Julai, berbaju kuning BERSIH dengan matlamat bersih